Sunday, December 30, 2007

Sekolah bermula 3 Januari 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pada 3 Januari 2008, penggal persekolahan akan bermula. Diharapkan agar semua pelajar membawa azam baru sempena kedatangan tahun baru. Tanamkan tekad untuk berjaya, dan semaikan cita-cita yang tinggi bagi menjadikan ibu bapa dan guru anda bangga.

Tinggalkan sikap yang sambil lewa, malas, suka bermain itu kerana tahun 2008 adalah tahun anda bagi membuktikan kehebatan anda sebagai warga SMK Jelapang Jaya. Yakin Boleh. Anda pasti boleh.

SELAMAT MENEMPUH SESI PERSEKOLAHAN
-smkjj hebat-

Wednesday, December 26, 2007

Keputusan PMR

Pada 27 Disember 2007, keputusan PMR telah diumumkan. Satu majlis penyerahan slip keputusan diadakan di dewan sekolah. Hampir kesemua pelajar tingkatan 3 telah datang untuk mengambil keputusan masing-masing.

Tahniah diucapkan kepada semua pelajar dan guru2 SMKJJ kerana telah meningkatkan semula pencapaian PMR 2007 berbandingan PMR 2006.

Peratus; 61.1% di mana 57.92% pada 2006.

Jumlah 8A - seorang sahaja
7A - 2 orang

Peratus Mata Pelajaran

BM - 95.53%
BI - 68.16%
Sejarah - 92.74%
Geografi - 92.18%
Pend Islam - 96.77%
Matematik - 91.06
Sains - 88.27%
KH 1 - 97.94% (KMT)
KH 2 - 96.43% (ERT)

Diharap semua calon PMR 2008 berusah gigih untuk mencapai keputusan yang membanggakan seperti pada tahun 2004 - peratus PMR 80.64%.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Senarai Nama Pelajar Cemerlang SMKJJ PMR 2007

8A - Muhamad Syamil b. Abdul Rahman

7A - Muhamad Shahid b. Shariffudin 7A2B
7A - Intan Baizura bt Ahamad Zamari 7A2B

Tahniah di ucapan di atas kejayaan anda.

Klik pada gambar untuk ke ruangan album.