Sunday, February 28, 2010

Keputusan STPM - 25 Februari

25 FEBRUARI - Keputusan STPM 2009 telah diumumkan hari ini. Pelajar terbaik SMK Jelapang Jaya telah mendapat 3A1B. Slip keputusan disampaikan oleh Penolong Kanan Pentadbiran, En Hamid bin Mat

Port Luck sempena cuti dan Tahun Baru Cina

11 Februari - Kelab Guru dan Staf SMK Jelapang Jaya telah menganjurkan Port-Luck sempena Tahun Baru Cina yang bakal menjelang dan juga meraikan ketibaan cuti selama seminggu. Pelbagai juadah telah dibawa oleh guru untuk dikongsi bersama, dengan menu utamanya ialah Nasi Ayam Hainan yang ditempah khas bagi menjayakan aktiviti ini. Pengetua juga telah menyajikan sajian istimewanya iaitu Kek Keju Lobak Merah (Carrot Cheese Cake). Berikut adalah sedikit gambar semasa port-luck tersebut.

Sumbangan Komputer oleh YAB Dato' Nadzri

12 Februari - YAB Dato' Nadzri Bin Ismail telah menyampaikan sumbangan komputer peribadi kepada pihak sekolah melalui wakilnya, En Hakimi. Sumbangan tersebut adalah berdasarkan janji beliau untuk membantu pihak sekolah dalam mewujudkan pusat akses bagi pelajar-pelajar Tingkatan 6.

Pengetua berbesar hati dengan sumbangan tersebut dan berjanji akan menggunakan komputer tersebut dengan efisyen dalam memperkasakan Tingkatan 6.

Monday, February 08, 2010

Upin Ipin di Alam Nyata

Ini lah Upin Ipin di alam nyata................

Majlis Perlantikan Pengawas

IPOH, 8 Febuari - Seramai 91 orang Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber dan Ketua Tingkatan telah menerima watikah perlantikan menjawat jawatan tersebut seterus menerima amanah yang diberikan oleh pihak sekolah. Majlis Penyampaian Watikah ini telah disempurnakan oleh Inspektor Nelson Anak John Jongkol, Ketua Balai Polis Jelapang, merangkap Pegawai Perhubungan Sekolah, SMK Jelapang Jaya.

Beliau memberikan amanay ringkas semasa ucapan perasmian yang amat berguna kepada para pelajar dalam menjadi seorang warganegara yang bertanggungjawab.

Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang telah pun dilantik menjawat jawatan-jawatan tersebut, INGATLAH, tugas anda adalah satu AMANAH, jalankan dengan baik dan jujur serta komited.

Sekian, terima kasih.

Inspektor Nelson sedang menyampaikan ucapan perasmian....

Ketua Pengawas

Penolong Ketua Pengwas