Tarikh : 2 September 2010 Masa : Bermula jam 6.30 petang Lokasi : Dewan Besar SMKJJ
Majlis yang diadakan pada malam ini adalah Majlis Tahunan yang biasa dijalankan pada tahun-tahun sebelum ini. Di samping mendapat keberkatan Bulan Ramadhan ini, Solat Hajat diadakan bagi mengiringi dan merestui para pelajar SMKJJ yang bakal menduduki peperiksaan awam akhir tahun nanti. Semoga mereka beroleh kejayaan dan seterusnya menlanjutkan pelajaran ke peringkat yang lbh tinggi bagi membolehkan mereka mencapai cita-cita mereka.
Majlis bermula seawal 6.50 petang dengan bacaan Tahlil dan berdoa, diikuti majlis berbuka puasa di kantin sekolah. Selepas itu, solat Maghrib berjemaah dan diikuti dengan bacaan Yassin yang ketuai oleh Ustaz Mohamad. Selepas itu, Solat Hajat berjemaah dan disusuli dengan Solat Sunat Terawih.
Sedikit jamuan ringan disediakan sebelum majlis bersurai.
ENAM STRATEGIK PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN (PIPP)
1. Membina negara bangsa 2. Pembangunan modal insan 3. Memperkasakan sekolah kebangsaan 4. Merapatkan jurang pendidikan 5. Memartabatkan profesion keguruan 6. Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan
Nota:-
SBP : Sekolah Berasrama Penuh SMH : Sekolah Menengah Harian SMT : Sekolah Menengah Teknik SMKA : Sekolah Menengah Kebangsaan Agama SK : Sekolah Kebangsaan SKOA : Sekolah Menengah Orang Asli SK PDLM : Sekolah Kebangsaan Pedalaman SJKC : Sekolah Kebangsaan Cina SJKT : Sekolah Kebangsaan Tamil SKPK : Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas