Sunday, December 30, 2007

Sekolah bermula 3 Januari 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pada 3 Januari 2008, penggal persekolahan akan bermula. Diharapkan agar semua pelajar membawa azam baru sempena kedatangan tahun baru. Tanamkan tekad untuk berjaya, dan semaikan cita-cita yang tinggi bagi menjadikan ibu bapa dan guru anda bangga.

Tinggalkan sikap yang sambil lewa, malas, suka bermain itu kerana tahun 2008 adalah tahun anda bagi membuktikan kehebatan anda sebagai warga SMK Jelapang Jaya. Yakin Boleh. Anda pasti boleh.

SELAMAT MENEMPUH SESI PERSEKOLAHAN
-smkjj hebat-

Wednesday, December 26, 2007

Keputusan PMR

Pada 27 Disember 2007, keputusan PMR telah diumumkan. Satu majlis penyerahan slip keputusan diadakan di dewan sekolah. Hampir kesemua pelajar tingkatan 3 telah datang untuk mengambil keputusan masing-masing.

Tahniah diucapkan kepada semua pelajar dan guru2 SMKJJ kerana telah meningkatkan semula pencapaian PMR 2007 berbandingan PMR 2006.

Peratus; 61.1% di mana 57.92% pada 2006.

Jumlah 8A - seorang sahaja
7A - 2 orang

Peratus Mata Pelajaran

BM - 95.53%
BI - 68.16%
Sejarah - 92.74%
Geografi - 92.18%
Pend Islam - 96.77%
Matematik - 91.06
Sains - 88.27%
KH 1 - 97.94% (KMT)
KH 2 - 96.43% (ERT)

Diharap semua calon PMR 2008 berusah gigih untuk mencapai keputusan yang membanggakan seperti pada tahun 2004 - peratus PMR 80.64%.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Senarai Nama Pelajar Cemerlang SMKJJ PMR 2007

8A - Muhamad Syamil b. Abdul Rahman

7A - Muhamad Shahid b. Shariffudin 7A2B
7A - Intan Baizura bt Ahamad Zamari 7A2B

Tahniah di ucapan di atas kejayaan anda.

Klik pada gambar untuk ke ruangan album.

Monday, November 26, 2007

Dinner@Cassuarina

Pada 12 November 2007, Kelab Guru dengan kerjasama PIBG telah mengadakan jamuan makan malam di Hotel Cassuarina, Ipoh. Antara aktiviti yang diadakan ialah cabutan bertuah, pertukaran hadiah, ucapan, gelak ketawa dan makan-makan.....

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Klik gambar tersebut untuk melihat gambar seterusnya

Saturday, November 24, 2007

Peperiksaan SPM

Pengumuman

Peperiksaan SPM 2007 bermula dari 12 November hingga 6 Disember 2007.
Pastikan anda telah bersedia, dan kepada para ibu bapa, tolong pastikan anak-anak anda selamat, sihat dan hadir untuk peperiksaan.

Semoga berjaya dari semua warga pendidik SMK Jelapang Jaya.

Koperasi SMK Jelapang Jaua

TARIKH KOPERASI DIBUKA SEMASA CUTI

16 - 18 DISEMBER 2007
26 - 28 DISEMBER 2007

Mulai jam 10.00 pg hingga 2.00 ptg

Selamat Datang ke Blog SMK Jelapang Jaya

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Memandangkan masalah teknikal, laman web SMK Jelapang Jaya, iaitu smkjj.net tidak lagi berfungsi. Oleh itu, sebagai ganti, pihak sekolah akan menggunakan blog ini buat sementara waktu sehingga masalah tersebut diselesaikan.

Segala maklumat, berita, informasi tentang sekolah akan dimuatkan di laman ini.

Para pengunjung, ibu bapa dan guru juga boleh menggunakan kemudahan buku pelawat dan komen untuk memberikan pandangan dan maklum balas.
Untuk "privacy", pengunjung bolehlah menghantar email kepada webmaster, iaitu cikgushahrul@gmail.com

Sekian, harap maklum.

-webmaster smkjj-