Sunday, December 30, 2007

Sekolah bermula 3 Januari 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pada 3 Januari 2008, penggal persekolahan akan bermula. Diharapkan agar semua pelajar membawa azam baru sempena kedatangan tahun baru. Tanamkan tekad untuk berjaya, dan semaikan cita-cita yang tinggi bagi menjadikan ibu bapa dan guru anda bangga.

Tinggalkan sikap yang sambil lewa, malas, suka bermain itu kerana tahun 2008 adalah tahun anda bagi membuktikan kehebatan anda sebagai warga SMK Jelapang Jaya. Yakin Boleh. Anda pasti boleh.

SELAMAT MENEMPUH SESI PERSEKOLAHAN
-smkjj hebat-

No comments: