Tuesday, November 09, 2010

Perlawanan Persahabatan SMKJJ vs SMKKDAS - bolasepak dan bola jaring

tarikh : 9 november 2010
masa : 8.30 pagi
tempat : padang SMKJJ

Satu perlawanan persahabatan bola sepak dan bola jaring antara SMK Jelapang Jaya dan SMK Kg Dato Ahmad Said diadakan bagi mengisi slot yang dirancang bagi pelajar-pelajar tingkatan 3 yang telah menduduki peperiksaan PMR baru-baru ini.

Pertandingan itu memperlihatkan hubungan yang erat antara kedua buah sekolah itu, dan masing-masing telah mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi.

Keputusan perlawanan adalah seperti berikut :

Bola sepak : SMK Kg Dato Ahmad Said mn SMK Jelapang Jaya, 3-2 (penalti)
Bola Jaring : SMK Jelapang Jaya mn SMK Kg Dao Ahmad Said, 22-10

Tahniah kepada peserta dan penyokong kedua-dua buah sekolah.

gambar akan diupload kemuadian.....

.

Malam Jalinan Mesra 2010

Tarikh : 30 Oktober 2010
Masa : 8.00 Malam
Tempat : Dewan Besar SMK Jelapang Jaya

Jamuan Makan Malam Tahunan (Annual Dinner) "Malam Jalinan Mesra" dianjurkan oleh Kelab Guru dan Staf bagi meraikan semangat kekitaan di kalangan warga SMKJJ. Penganjuran kali kedua oleh Jawatankuasa Kelab ini telah mencipta suatu kejutan iaitu, bilangan hadiah yang ditawarkan melalui cabutan bertuah amat banyak dan bernilai hingga ratusan ringgit.

Penyertaan di kalangan warga pendidik, bukan pendidik dan staf amat memberangsangkan, hampir kesemua warga SMKJJ terlibat, termasuk penyertaan daripada Staf Kantin, iaitu Che Amah and The Gang.

Selain makan-makan, acara malam itu juga dimeriahkan dengan kugiran 'live band' yang dikelolakan oleh En Eddie dan En Shaiful, dan mereka mengundang gitaris khas daripada SMK Raja Permaisuri Bainun, iaitu Eb Sajastanah serta penyanyi daripada ahli kumpulan The Zuhrah 1, iaitu En Zainuddin atau lebih dikenali sebagai Din Goreng, yang mendendangkan dua buah lagu yang cukup istimewa.

Kemuncak malam tersebut adalah cabutan bertuah perdana, iaitu berupa Mikrowave Oven yang dimenangi oleh Cik Nurulakma Zolkefli; dan pengumuman King & Queen of The Night yang disandang oleh En Mat Rashid, selaku YDP PIBG dan Che Amah selaku pengusaha kantin yang begitu sporting.

Pada malam itu juga, YDP PIBG, EN Mat Rashid telah menyampaikan cek RM5000 kepada Pengetua hasil sumbangan Ahli Parlimen Tambun, dan juga malam itu juga meraikan perpisah Puan Misah yang telah bertukar ke SMK Sri Intan.

Jamuan malam itu dikendalikan oleh Taj Kolej (bahagian Katering) namun ada sedikit kekurangan dari segi penyediaan dan perkhidmatan makanan. Namun ia tidak mencacatkan perjalanan keseluruhan majlis malam itu.

Sekalung tahniah dan terima kasih diucapkan kepada Pengetua yang juga sporting, begitu juga barisan pentadbir termasuk AJK PIBG. Juga tidak lupa kepada keseluruhan warga kerja Malam Jalinan Mesra 2010.



.