Monday, February 25, 2008

Sukan Tahunan 2008

Pada 23 Febuari 2008 yang lalu, SMK Jelapang jaya telah menganjurkan acara Sukan Tahunan Olahraga buat kali yang ke-7. Acara pada hari itu telah disempurnakan perasmiannya oleh Yang Dipertua PIBG, Tn Haji Mazlan.

Acara dimulakan dengan sambutan YDP dengan diiringi paluan kompang, dan disusuli dengan perbarisan kontinjen rumah sukan serta unit-unit uniform. Pasukan Rumah Satria, Perdana, Waja dan Wira melangkah gagah dan penuh semangat ke padang, dan diikuti dengan langkah penuh bergaya oleh pasukan kadet Polis, Pengakap, KRS, St John, Puteri Islam, Kadet Bomba dan Pandu Puteri.

Acara jemputan 4X200 meter memulakan kemuncak kejohanan dengan persaingan sengit antara pasukan SMK Jelapang Jaya, SMJK Yuk Choi, SMK Jati, SMKDAS. Selepas itu, barulah acara 100M antara rumah-rumah sukan dipertandingkan, dan diikuti acara 4X100M. Bagi merancakkan suasana, acara bagi guru dan ibu bapa diadakan, dan sambutan amatlah menggalakkan. Guru lelaki dan pihak bapa diminta meminum sebotol air mineral, lalu berlari 20 meter untuk meniup belon sehingga pecah dan kemudian berlari lagi 20 ke garisan penamat. Guru perempuan dan pihak Ibu pula diminta memakan sepotong roti, dan berlari 20 meter untuk meniup belon sehingga pecah dan seterusnya lari 20 meter ke garisan penamat.

Acara akhir yang dipertandingkan ialah tarik tarik. Dua kategori dipertandingkan, iaitu lelaki bawah 15 tahun dan lelaki bawah 18 tahun. Pasukan Perdana memenangi kategori bawah 15 tahun menewaskan Pasukan Satria.

Akhir sekali, pengumuman dan penyampaian hadiah menyaksikan Rumah Satria menjuarai keseluruhan dengan pungutan mata sebanyak 514 meninggalkan juara 4 tahun berturut, Waja dengan mata 495. Rumah Wira tempat ke-3 dengan mata sebanyak 454 dan Perdana, 335.

Olahragawan Wanita disandang oleh Nornee Baizura manakala Olahragawan Lelaki oleh Megat. Pasukan kadet Polis menjadi johan dalam kawad, dan hiasan rumah dimenangi oleh Perdana. Sebanyak 15 rekod kejohahan berjaya dipecahkan pada tahun ini.

Semoga tahun hadapan, semua peserta akan menunjukkkan pencapaian yang lebih membanggakan.

Klik gambar untuk melihat album hari sukan

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

No comments: