Saturday, February 23, 2008

Sukan Tahunan Kali ke-7

Pada 23 Febuari ini, SMK Jelapang Jaya mengadakan Sukan Tahunan kali ke-7. Ia dirasmikan oleh YDP Persatuan Ibu Bapa dan Guru, iaitu Tn Haji Mazlan dan upacara penutup disempurnakan oleh YB Dato nazri, ADUN Manjoi.

Rumah Sukan yang bertanding ialah Satria, Perdana, Wira dan Waja. Kejohanan Olahraga ini melibat acara-acara seperti 100m, 4x100m, tarik tali, sukaneka untuk guru dan ibu bapa serta acara 4x200m jemputan sekolah-sekolah sekitar Ipoh.

Semoga semua peserta akan bertanding dengan penuh semangat kesukanan yang tinggi.

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA

No comments: