Sunday, January 31, 2010

Perasmian Minggu Bahasa 2010

1 Febuari, Ipoh - Minggu Bahasa peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan Jelapang Jaya diadakan pada hari ini dengan pelancaran dijalankan dengan penuh meriah dan dirasmikan oleh Penolong Kanan Pentadbiran, En Hamid bin Mat.

Ia dimulakan dengan sesi perhimpunan mingguan seperti biasa sebelum En Ahmad Azam mengambil alih mengacarakan majlis pelancaran. Ucapan dan taklimat ringkas disampaikan oleh Pn Zaidah selaku Guru Kanan Bahasa, seterusnya En Hamid menyampai ucapan perasmian dan merasmikan Minggu Bahasa tersebut.

Pelancaran diserikan lagi dengan persembahan "cakap karang" yang dipersembahkan oleh Pelajar Tingkatan 5S dan 6 Atas.





Saturday, January 30, 2010

CCTV



SMK Jelapang Jaya telahpun mempunyai CCTV yang diletakkan di lokasi-lokasi yang strategik sebagai langkah keselamatan.

Kawad Kebakaran 2010

Pada 27 Januari, satu latihan kawad kebakaran diadakan sebagai memenuhi aspek dan prosedur keselamatan sekolah. Pihak Bomba telah dijemput untuk mengadakan demontrasi seterusnya menyampaikan ceramah keselamatan dan kebakaran kepada para pelajar.



Wednesday, January 27, 2010

YB DATO' HAJI NADZRI BIN HAJI ISMAIL berkunjung ke SMK Jelapang Jaya






Salam sejahtera,

Jam 12.40 tgh tadi, iaitu pada 27 Januari 2010, Ahli Dewan Undangan Negeri bagi DUN Manjoi, YB DATO' HAJI NADZRI BIN HAJI ISMAIL, telah berkunjung ke SMK Jelapang Jaya bagi menyampaikan sumbangan keperluan sekolah kepada 20 orang pelajar yang kurang bernasib baik. Sumbangan berbentuk alat keperluan sekolah seperti beg, kasut, dan alat tulis itu akan membantu para pelajar tersebut dalam mendapat pendidikan sempurna di sekolah.

Pengetua, Pn Hajah Norizam turut menyampaikan ucapan terima kasih dan penghargaan pihak sekolah kepada YB atas sumbangan yang diberikan itu.

Terima kasih YB.

Sunday, January 17, 2010

Laman Web SMK Jelapang Jaya


Sila lawati laman web smkjj.com bagi mendapat maklumat terkini tentang sekolah......

Saturday, January 16, 2010

Larian Merentas Desa 2010

Tarikh : 16 Januari 2010
Lokasi : sekitar kampung

Seawal jam 7 pagi, para pelajar telah mula berkumpul memenuhi dataran terbuka bagi menyertai larian Merentas Desa tahun ini. Bermula jam 7.30, taklimat diberikan oleh En Hasnul dan diikuti dengan acara warming up yang diketuai oleh En Mustajab.

Tepat jam 7.45, acara dimulakan dengan melepaskan peserta kategori perempuan bawah 15 tahun, diikuti perempuan bawah 18 tahun. Seterusnya lelaki bawah 15, dan lelaki bawah 18 memulakan larian. Penyempurnaan dilakukan oleh Pengetua, Puan Hajah Norizam Husin.

Acara larian yang berlangung penuh meriah dengan jarak larian sepanjang 10km merentas kampung Dato' Ahmad Said. Perserta diawasi oleh Kadet Polis yang meronda dan mengawasi lalu lintas serta beberapa orang guru turut mengiringi bagi menjamin keselamatan.

Acara tamat menjelang 10 pagi, dan diteruskan dengan majlis peenyampaian hadiah dan pengumuman JUARA larian merentas desa bagi tahun 2010. Juara bagi tahun ini ialah RUMAH SATRIA yang telah berjaya mengekalkan rekod 5 tahun berturut-turut.. Tahniah kepada rumah Satria.

Friday, January 15, 2010

Facebook Alumni SMK Jelapang Jaya

Atas daya usaha dan perasaan cintakan sekolah, salah seorang pelajar SMKJJ yang telah meninggalkan alam persekolahnnya telah mewujudkan alumni smkjj di laman facebook.com

Alumni ini mendapat sambutan yang hebat dari warga smkjj yang masih berada di smkjj dan juga yang telah menerima status "bekas pelajar".

Sila lawati dan mendaftar di alumni ini di laman facebook.com dengan mengklik pautan yang disediakan di sebelah kiri blog ini.

Tahniah dan terima kasih Noor Ainy Rusly

Latihan Merentas Desa dan Rumah Sukan

Minggu ini (11 Januari - 15 Januari) merupakan minggu latihan bagi acara merentas desa yang akan diadakan pada Sabtu, 16 Januari 2010.

Jadual latihan merentas dan Latihan Rumah Sukan adalah seperti berikut :

Isnin : Rumah Waja dan Rumah Wira
Selasa : Rumah Satria dan Rumah Perdana
Khamis : Rumah Waja dan Rumah Wira
Jumaat : Rumah Satria dan Rumah Perdana

Tarikh penting :

16 Januari - Pertandingan Merentas Desa
20 Januari - Sukantara
27 Januari - Sukantara
3 Febuari - Sukantara
10 Febuari - Sukantara
24 Febuari - Acara Akhir Sukan
25 Febuari - Acara Akhir Sukan
1 Mac - Acara Akhir Sukan
2 Mac - Acara Akhir Sukan
4 Mac - Raptai Sukan Tahunan
5 Mac - Raptai Sukan Tahunan
6 Mac - Sukan Tahunan SMK Jelapang Jaya kali ke-9

Perhimpunan Mega 2010

Tarikh : 11 Januari 2010
Tempat : Dewan Besar
Audien : Semua pelajar SMKJJ sesi pagi dan petang bersama guru
Tetamu Khas : Tuan PPD, En Said bin Manap

Perhimpunan Mega yang pertama ini dijalankan dengan jayanya oleh Warga SMK Jelapang Jaya, dengan perjalanan perhimpunan yang lancar dan teratur. Tuan PPD, En Said bin Manap memasuki dewan jam 1.05 petang setelah para pelajar sedia mengambil tempat.

Perjalanan perhimpunan adalah seperti perhimpunan rasmi biasa, dengan pelajar Tingkatan 6 yang menjadi pengacara majlis sebelum Majlis diacarakan secara rasminya oleh Puan Lailatul bagi menyempurnakan upacara penyampaian sijil kepada pelajar cemerlang PMR dan pelajar kehadiran penuh 2009. En Said bin Manap menyampaikan ucapan beliau seterusnya menyempurnakan penyampaian sijil kepada pelajar terlibat.

Senarai Pelajar Cemerlang PMR 2009
1. Izzi Azizan b Azizi Chandra (8A)
2. Muhammad Indra Putra b Indra Kelana (8A)
3. Muhammad Nazirulfaiz b Norazlan (8A)
4. Muhammad Rusyaidi b Hadrishah (8A)
5. Nur Aliah Ilham bt Zainal Adnan (8A)
6. Syarifah Nurul Athirah bt Syed Ahmad (8A)
7. Tarshini Nair a/p Ragoovaran (7A)
8. Thinakaran a/l Saygal (7A)

Senarai Pelajar Kehadiran Penuh 2009
1. Norniqmah bt Bahaudin (6A2)
2. Noramirah bt Meor Kamaruddin (6A2)
3. Muhammad Ali Imran (5S)
4. Chong Voon Ming (5S)
5. Nor Hidayah bt Lit (5T)
6. Chiang Chee Yen (5T)
7. Nurul Nabilah bt Itam Ahmad (5T)
8. Kasrini a/p Kumaravelan (4S)
9. Muhammad Kamarul Arif b Musa (4S)
10. Nurul Diyana bt Muhammad (4iT)

Tahniah diucapkan........

Monday, January 04, 2010

Selamat Datang 2010

Alhamdulillah,

Tahun 2010 bermula dengan baik di SMK Jelapang Jaya. Blog ni pun dah lama tidak dikemaskini atas kekangan yang sukar dielakkan. InsyaAllah, blog ini akan sentiasa dikemaskini jika tiada apa-apa masalah yang menyukarkan pihak webmaster menjalankan tugas-tugasnya.

Hari ni, 4 Januari 2010, adalah jari pertama persekolahan bagi sesi 2010. Sesi pagi bermula dengan turunnya hujan rahmat, dan perhimpunan terpaksa dijalankan di Dewan Terbuka. Rutin perhimpunan seperti biasa dengan ucapan pembukaan oleh Pengetua, dan sedikit peringatan kepada pelajar SMK Jelapang Jaya dalam menempuhi sesi persekolahan tahun ini.

Sesi 2010 ini juga adalah sesuatu yang baharu bagi pelajar Tingkatan 4 yang telah menduduki peperiksaan PMR tahun lepas, dan ia menjadi suatu yang baru kepada mereka dari segi matapelajaran teras, elektif dan juga kelas. Begitu juga dengan pelajar Tingkatan 3 yang bertukar sesi, dari petang ke pagi menerima suatu pembaharuan yang agak hebat. Selain masa, mereka juga menjadi perhatian oleh guru-guru sesi pagi.

Pada sesi petang, selamat datang diucapkan kepada pelajar Tingkatan 1 yang mendaftar di sekolah ini, dan adalah menjadi harapan kami agar anda semua dapat menyesuaikan diri seterusnya mencipta kegemilangan di SMK Jelapang Jaya.

Pada hari ini juga diadakan raptai perhimpunan rasmi mingguan yang akan bermula minggu hadapan dengan menggabungkan sesi pagi dan petang serentak di Dewan Besar. Raptai berjalan dengan lancar, kerjasama diberikan oleh semua guru dan pelajar.

Akhir kata, selamat menempuh alam persekolahan bagi tahun 2010, semoga tahun ini memberikan kita semangat bari untuk lebih maju, hebat dan cemerlang dan semua bidang. InsyaAllah.

Sekian........salam 1 JJ